Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Friday, February 15, 2013

curry beef sandwich


tadaaa~ dah boring dgn sandwich tuna biasa tu, so i modified sket n terjadi la curry beef sandwich. name pun tunggang langgang haha. sandiwch ni sgt bgs, sbb lengkap dgn protein,sayur, n carbo.n trust me, this 1 last longer then nasi!! means kalau makan ni 5-6jam pastu baru terasa lapa.hihi. dulu time puasa tp time tak boleh puasa, saya akan breakfast dgn this 1, mkn betul2 time nk p kerja. memang tak terasa lapar lansung sampai la around 3-4 petang ihihih. berbanding makan sandwich biasa or nasi.

ok ok terus ke resipi.

bahan2 (utk 6 keping sandwich)
~daging hancur 200 gram (kalau packaging Ramly burger yg bentuk 4 segi tu amik sekeping la)
~6 keping roti
~3 keping kepingan cheese
~serbuk kari maggi (yg maggi kari punye tuuu)
~italian herbs (optional, tanak letak pun tape)
~bawang besar (saya gune yg kekuningan macam letak kat pizza tu) - potong nipis2/kecik2
~bawang putih - 3 cloves. - di potong halus/tumbuk pun ok
~timun, tomato

cara2
  1. tumis bawang besar n putih.
  2. masukan sedikit italian herbs
  3. masukkan daging.biarkan air daging keluar.tambah sket air if masih kering.
  4. masukan lebih kurang 1 1/2 sudu besar serbuk kari maggi. ikut cita rasa, if tak rase sangat tambah lagi.
dah siap then sediakan roti.letak daging atas roti, letak cheese,then susun timun or tomato atas cheese. saya tak letak salad, sbb nk kene bakar nanti salad tu hangus hehehe.. bila dh siap bakar pada suhu 150darjah celcius selama 10minit. then dh siap, potong di tengah2 (biar jadi bentuk 3 segitiga), jadi la 6 keping sandwich hehehe. oh yea, kalau nak menggemukkan lagi boleh la tabur parmesan+mozarrella diatas kepingan roti b4 dibakar..lg umphh! hihih

taraaaaaaaaaaaaaa



 maaf la gambar tak clear.gune cokia je huhu.sedap weh makan time cheese tengah meleleh2 itu nyumm nyummmm. sangat kenyang tau, kery max boleh masuk dua sandwich je.the rest husband yg abiskan hihihi

ok selamat mencuba!

Tuesday, November 6, 2012

daging masak kicap jawa mari


it's our favourite! selama ni makan yg biase mak buat tu je, 1st time makan mak mertua buat wow lain dari yg lain.sedap sgt! terus minta resipi, n it have become our regular lauk. tp bese la, ni resipi mak suami, so paham2 la memang SUSAH SGT nak buat jadi same, setelah 3 kali try baru la husband puji macam mak die buat. mase suruh rase tadi tetibe die jerit "haa yg ni la rasa yg dicari2!!" ingat kan kene sawan ke ape haha. terus kery update kat sini takut lupe heee

gambar tak berseni.maap la ye.malas haha

  1. kunyit hidup (dalam 1 inci)* di tumbuk
  2. halia (dalam 1 inci jugak) * di tumbuk
  3. lada putih (1 sudu kecik)* di tumbuk
  4. kulit kayu manis * dua batang
  5. bunga cengkih * 2 kuntum
  6. kentang (digoreng terlebih dahulu) * optional
  7. kicap manis
  8. sedikit air
  9. daging 200-300g
 cara2:

  1. tumis bahan 1 hingga 3.
  2. masukkan bahan 4 & 5.
  3. masukkan daging, kacau2 bagi air daging keluar.biar sekejap.
  4. masukkan air sedikit jika air daging mula mengering.
  5. masukkan kicap ikut kuantiti suka hati.
  6. masukkan kentang yg telah digoreng terlebih dahulu, tanak letak kentang pun takpa.
  7. kacau2 dalam 2-3 minit.
  8. siap utk di hidang!


Thursday, July 5, 2012

daging masak paprik


ohh dis one is my husband's favourite. me also! one of my special skills also :p

memandangkan lauk ini kitaorg punye favourite so selalu la gak la masak.hihi

so we'll need

bawang putih+merah - tumbuk
serai 1 batang
cili padi - 4 biji - potong kecik2
daun limau purut-6keping
daun ketumbar *suka hati
cili boh - 2 sudu besar (if nk pedas lg tambah la lagi hihi)
sos tiram - 3 sudu besar
daging - potong nipis2
segala jenis sayur: lobak, tomato, kacang panjang, brokoli, kobis bunga, capsicum

so cara2nye,
  1. bawang merah+putih+serai+cili padi di tumis. dh kuning2 sket, masukkan cili boh, biarkan cili masak sedikit.
  2.  masukkan sos tiram, kacau2 n masukkan air 1 cawan.
  3. masukkan daun limau purut 3 helai dulu dan daging.biar kan rebus. sesetgh org suka rebus daging terlebih awal dulu, but saya lebih suka daging direbus sama paprik ni.air daging+limau purut make our paprik lagi wangiiiii n sodappp hehehe
  4. agak2 daging dh lembut, masukkan sayur yg 'keras' macam lobak, kacang panjang, brokoli. kacau2 sampai la sayur2 yg keras itu lembut then masukkan sayur yg lembut dan ketumbar.
  5. gaul2 sampai layu n siap di hidang! nyum nyum!