Friday, February 15, 2013

curry beef sandwich


tadaaa~ dah boring dgn sandwich tuna biasa tu, so i modified sket n terjadi la curry beef sandwich. name pun tunggang langgang haha. sandiwch ni sgt bgs, sbb lengkap dgn protein,sayur, n carbo.n trust me, this 1 last longer then nasi!! means kalau makan ni 5-6jam pastu baru terasa lapa.hihi. dulu time puasa tp time tak boleh puasa, saya akan breakfast dgn this 1, mkn betul2 time nk p kerja. memang tak terasa lapar lansung sampai la around 3-4 petang ihihih. berbanding makan sandwich biasa or nasi.

ok ok terus ke resipi.

bahan2 (utk 6 keping sandwich)
~daging hancur 200 gram (kalau packaging Ramly burger yg bentuk 4 segi tu amik sekeping la)
~6 keping roti
~3 keping kepingan cheese
~serbuk kari maggi (yg maggi kari punye tuuu)
~italian herbs (optional, tanak letak pun tape)
~bawang besar (saya gune yg kekuningan macam letak kat pizza tu) - potong nipis2/kecik2
~bawang putih - 3 cloves. - di potong halus/tumbuk pun ok
~timun, tomato

cara2
  1. tumis bawang besar n putih.
  2. masukan sedikit italian herbs
  3. masukkan daging.biarkan air daging keluar.tambah sket air if masih kering.
  4. masukan lebih kurang 1 1/2 sudu besar serbuk kari maggi. ikut cita rasa, if tak rase sangat tambah lagi.
dah siap then sediakan roti.letak daging atas roti, letak cheese,then susun timun or tomato atas cheese. saya tak letak salad, sbb nk kene bakar nanti salad tu hangus hehehe.. bila dh siap bakar pada suhu 150darjah celcius selama 10minit. then dh siap, potong di tengah2 (biar jadi bentuk 3 segitiga), jadi la 6 keping sandwich hehehe. oh yea, kalau nak menggemukkan lagi boleh la tabur parmesan+mozarrella diatas kepingan roti b4 dibakar..lg umphh! hihih

taraaaaaaaaaaaaaa



 maaf la gambar tak clear.gune cokia je huhu.sedap weh makan time cheese tengah meleleh2 itu nyumm nyummmm. sangat kenyang tau, kery max boleh masuk dua sandwich je.the rest husband yg abiskan hihihi

ok selamat mencuba!

Saturday, February 2, 2013

Ayam Bakar Lemon

resipi bantai2 saja. dpt ilham dari ayam bakar b4 ni. senang saja. tak perlu peram2. yg anda perlukan
  1. ayam bahagian paha
  2. setgh bj lemon (lagi besar ayam lg banyak la lemon diperlukan)
  3. serbuk black pepper (kery gune yg kasar tu then tumbuk2 kasi halus)
  4. sedikit garam (sket je tau)
cara2.
  1. bersihkan ayam
  2. lumurkan lemon diseluruh ayam bersama serbuk black pepper dan garam.
  3. bakar pada suhu 130 darjah celcius selamat 1jam 30. punye lama kan?nk kasi dalam tu masak betul2 hehe.slow cooking giteww
ok itu aja.rasanya?masam2 diluar haha.kery mkn ayam ni cicah dgn mayonis. suami plak cicah dgn sambal kicak kegemaran beliau haha ^___^

Thursday, December 13, 2012

italian cheese scramble eggs

Hi Hi lama tak update belog ini. yeahh sejak sakit mmg dh jarang masak, apetah lagi try/buat resipi baru kan?so this time nk share sejenis breakfast yg i buat utk husband. resipi asal i guna telur+bawang, but then husband requested tanak bawak. kalau kosong je i rase tak best so a altered a bit to suit his liking. alhamdulillah he likes it n dh  buat beberapa kali.so b4 lupa baik saya masuk sini cepat2 hehe




bahan2:

  1. 2 bj telur
  2. Italian herbs (cth saya punya di sini)
  3. Cheesedale
  4. Butter
  5. Cream/mayonis-1 sudu

cara2:


  1. Telur dikacau bersama 1 sudu mayonis or cream. kacau guna garfu tau, so ia jd fluffy2 gitu hehe
  2. panaskan kuali bersama sedikit butter. jgn banyak sangat.ckp meliputi satu kuali.
  3. masukkan telur, taburkan herbs sedikit. n biarkan sekejap
  4. tutup api, n kacau telur sampai hancur.
  5. tuang dalam pinggang. carik2kan cheese n tabur atas telur yg masih panas.
  6. biarkan cheese cair n siap utk di hidang bersama baked beans n roti bakar yummy!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 6, 2012

black pepper roasted chicken + potato roasted & salad + fried macaroni

kulit ayam terhangus daa

hi hi, kali ni tema western, di buat sempena dinner special utk celebrate 4th year anniversary kami sempena jadi special person utk each other :)

black pepper roasted chicken ni kery gune resipi dari sini, but instead of goreng kery bakar selama 1 jam 20 minit pada suhu 180darjah. n kery peram ayam tu selama 1 hari instead of 1 hour.

utk kentang bakar, kery bakar macam tu je, bakar sekali dgn bakar ayam.

utk potato salad mcm di bawah

  1. kentang 2 biji (size besar) :di potong bentuk cube/block
  2. mayonis 1 sudu setgh (sudu besar)
  3. white pepper
  4. parsley (kery tak boh sbb takdo, tp lau ado lagi sodap!)

cara2nya sgt senang.rebus kentang sampai empuk, gaul dgn mayonis.masukkan white pepper secukup rase (jgn banyak sgt satgi masinnn), last gaul dgn parsley yg dipotong halus2,gaul2 rata then simpan dalam peti ais.

utk macaroni goreng kery guna resipi ini, tp kery tak bakar dalam oven, bila kuah siap kery masukkan macaroni yg telah direbus n tambah mozarella cheese sahaja.

siap n sgt sedap!

daging masak kicap jawa mari


it's our favourite! selama ni makan yg biase mak buat tu je, 1st time makan mak mertua buat wow lain dari yg lain.sedap sgt! terus minta resipi, n it have become our regular lauk. tp bese la, ni resipi mak suami, so paham2 la memang SUSAH SGT nak buat jadi same, setelah 3 kali try baru la husband puji macam mak die buat. mase suruh rase tadi tetibe die jerit "haa yg ni la rasa yg dicari2!!" ingat kan kene sawan ke ape haha. terus kery update kat sini takut lupe heee

gambar tak berseni.maap la ye.malas haha

  1. kunyit hidup (dalam 1 inci)* di tumbuk
  2. halia (dalam 1 inci jugak) * di tumbuk
  3. lada putih (1 sudu kecik)* di tumbuk
  4. kulit kayu manis * dua batang
  5. bunga cengkih * 2 kuntum
  6. kentang (digoreng terlebih dahulu) * optional
  7. kicap manis
  8. sedikit air
  9. daging 200-300g
 cara2:

  1. tumis bahan 1 hingga 3.
  2. masukkan bahan 4 & 5.
  3. masukkan daging, kacau2 bagi air daging keluar.biar sekejap.
  4. masukkan air sedikit jika air daging mula mengering.
  5. masukkan kicap ikut kuantiti suka hati.
  6. masukkan kentang yg telah digoreng terlebih dahulu, tanak letak kentang pun takpa.
  7. kacau2 dalam 2-3 minit.
  8. siap utk di hidang!


Monday, September 24, 2012

update recipi: Dessert # Pavlova



This one is update recipe from my 1st post about pavlova. now dh buat biz pavlova sedikit sebanyak saya improve skills and banyak gak tips yg sy tahu. hehe..ok2 enough babbling.straight to d ingredients..this 1 enough utk buat pavlova size 8 inchi.

puteh telur -3biji
gula caster - 1/2 cawan
tepung jagung -1 sudu besar
cuka -3/4 sudu besar

*topping : whipped cream n fresh fruit
(whipped cream tu gune yg dalam kotak tu khas utk dessert topping)

1)mula pukul putih telur sampai kembang and soft peaks formed. kalau nk tahu dh kembang ke belom try tunggang kan mangkuk tu.if dok melekat elok means dh kembong cantek la tu.

2)then sementara masih putar tu masokkkan gula caster sedikit demi sedikit. diikut oleh cuka and tepung jagung. gula tu make sure masuk sedikit demi sedikit, let say 1 sudu then putar kream dalam 10 saat then masukkan lagu 1 sudu dan seterusnya

3)putar adunan sampai la bila terbalikkan mangkuk, adunan tak terbalik. mase ni adunan nye nice and glossy.

4)bila dh siap putar, boleh panaskan oven selama 10minit dgn suhu 250C. sementara tunggu oven panas siapkan baking paper, lukis bulatan berdiameter 8inchi. then tuang adunan ikut bulatan itu. kemas2 kan tepian tu guna pisau

5)pastu boleh bakar dalam 130 darjah celcius dalam 20 minit pertama. then 120C utk 20minit kedua.

6)utk penyediakan whipped cream, saya guna whipping cream brand value pride.(thanks why kenalkan aku cream ni!hehe) putar cream sampai bila terbalikkan mangkuk, cream elok kaku dalam mangkuk.hehe

7)then sapu cream n hias buah2an atas pavlova ikut suka hati anda! sedia di hidang!


*some useful tips:
  • mase asing kan telor tu make sure bowl yg digunakan adalah betul2 kering n dan takde setitik or sebesar zarah pun telor kuneng dalam telor puteh.kalau ade sket pun mmg tak jd..mmg cayaq (cair) abis la telor puteh tu nnt..sy dh penah kene mmg tak jd..huhu
  • nk kurangkan gula boleh, but nnt pavlova jd tak beberapa crispy.
  • gune baking paper mase bakar.sbb pavlova ni jenis sticky n crispy.susah woo nk asingkan.
  • bila oven dh bunyi "keting" (means mase membakar dh abis), biarkan pavlova tu sejok dalam oven tersebut.it helps the outside layer menjadi crispy and d inside stay moist (petua kak Min). kalau selalu buat malam, then biarkan dalam oven sampai esok pagi (tips belajar dari why ehehe)
di bawah ni antara pavlova2 yg disediakan saya.






if nak order pun boleh. details seperti di bawah:

 size 8 inchi (medium): RM30
size 10inchi (large) : RM50


COD: 1)Giant Cheras (Cheras-Kajang Highway)
 lg bagus if dpt dtg rumah hehe.
2) MARDI/UPM (weekdays ONLY)
Outside Cheras: Delivery charge depends on location.

email me at kerryblogshop@yahoo.com utk order!
 ORDER CLOSED UNTIL FURTHER NOTICE!

Tuesday, July 10, 2012

Ayam Bakar Herba

serious taktau nk letak nama apa.saja try n error main campak je bahan lumuran and it turned out sedap gila!!!! husband siap kasi markah 15 out of 10.haha.terlebih pula.terus cepat2 update pas makan sebab takut lupa heheheh.

cuba jangan tak cubaaa!

  • Ayam - bahagian paha yg besar 2
  • bawang putih+merah+halia - di tumbuk
  • serai-ditumbuk
  • rosemary
  • freshly ground black pepper (guna yg serbuk pun boleh-kery campur dua2 hehe)
  • sos black pepper
  • sos tiram
  • sedikit garam

  1. semua bahan dilumur sama rata pada ayam..diletak dalam peti ais dan peram selama 1 hari (kerry letak di bahagian freezer terus hahaha)
  2. selepas 1 hari, de-froze sebentar. 
  3. pre-heat oven selama 10minit pada suhu 150C.
  4. then bakar ayam selama 70minit pada suhu 180C.

nk tau masak ke tak, cucuk dgn garfu, if liat lg means tak masak la.1st kery masak for 40minit.selepas 40minit kery alihkan ayam n bakar lagi selamat 30minit.

sedap gilaaa!! cuba jangan tak cuba.